Monday, December 29, 2008

Kitab Haji

Syarat wajib haji ada 7 : Islam, baligh, berakal, merdeka, ada kenderaan dan bekalan, tiada gangguan dalam perjalanan dan mampu menempuh perjalanan.

Hajj menurut lughat ialah maksud atau niat. Menurut syarak ialah ke Baitullah dengan perbuatan2 tertentu.

Nas al-quran: al-Imran 97. Hadis sahih: "Islam dibina atas 5 perkara..." Haji termasuk dalamnya.

Rukun-rukun haji 5: ihram, niat, wukuf di Arafah, tawaf di Baitullah dan Sa'i antara Safa dan Marwah.

Ihram ada 3: Ifrad, Tamattuk dan Qiran. Ihram ifrad lebih utama. Kebanyakan orang Malaysia buat ihram tamattuk-mudah dan pratikal.

Wukuf di Arafah iaitu berada seketika di padang arafah merupakan rukun yang sangat penting sepertimana pentingnya rukuk dalam solat.

Tawaf di Baitullah sebanyak 7 pusingan bermula dari Hajarul aswad.

Sai (joging) bermula dari Safa ke Marwah sebanyak 7 kali. Sai tidak disyaratkan suci dari hadas.

Tuesday, December 23, 2008

Zikir Harian

Bangun dari tidur

Baca 10 ayat terakhir surah al-imran (sumber: guru al-qur'an Ustaz Ahmad Asmadi Hj Sakat, pensyarah Jabatan Al-Qur'an dan Sunnah, UKM). Antara maksud ayat 190 dan 191 ialah:
[190] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

[191] (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

Zikir selepas solat suboh dan Asar: Baca al-ma'suurat karangan Syiekh Hasan al-Bana, iaiatu baca;
1-surah al-fatihah
2-awal, pertengahan dan akhir surah al-baqarah ayat 1-7, 255-257 dan 284-286.
255] Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

3-surah al-ikhlas, al-falaq dan an-nas
Antara maksud surah al-ikhlas ialah;
[1] Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.

[2] Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

[3] Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan

[4] Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya

Kemudian berdoa pagi dan petang.

Zikir-zikir selepas solat termasuklah: istifar (10X), subhnaAllah (21 atau 33X), Alhamdulillah (21 atau 33X) dan Allahuakbar (22 atau 34X), selawat (10X) dan Laailaha illah (40 atau 100X).

Jangan lupa juga baca al-qur'an setiap hari 30 ayat atau lebih mengikut kemampuan dan kelapangan, tetapi biarlah berterusan dan tidak bermusim.

Tuesday, December 2, 2008

Islam itu mudah

Setelah membaca artikel Dr. Mohd Asri mantan mufti Perlis iaitu artikel terakhir beliau sebagai mufti Perlis baru saya teringat rupanya slogan yang digunakan untuk blog ini saya pinjam dari beliau. Saya tertarik dengan slogan beliau seperti “Kembalikan imej Islam”, “Islam dibina atas dalil dan fakta”, “Islam itu mudah” dan “Islam memusuhi kebodohan”.

Walaupun kritikan beliau kepada ulamak dikatakan memperkecilkan pandangan orang lain, tapi fakta yang beliau sebutkan eluk untuk difikirkan. Zaman sudah berubah, kita perlu berfikiran terbuka dan bersedia untuk menerima teguran dan cuba memperbaiki kelemahan. Bagi yang biasa terlibat dengan audit ISO contohnya, teguran-teguran walaupun agak pahit dan keras perlu kepada tindakan pembetulan dan penambahbaikan. Jika audit ISO berpandukan standad yang digunakan, maka audit Islam kita pula berpandukan al-Qur'an dan al-hadis.