Wednesday, December 16, 2009

Hubungan Sembahyang dengan kesungguhan bekerja

"Bahawasanya mereka yang beriman dan beramal soleh sesungguhnya Kami tidak mensia-siakan pahala orang yang mengelokkan amalannya" (Surah al-Kahf, 18:30).

Amal soleh merangkumi perkara duniawi yang dituntut. Mengelokkan perbuatan bermakna mebuat sesuatu dengan sebaiknya. Bersungguh dalam pekerjaan akan menimbulkan kemahiran dan kepakaran.

"Perihatinlah untuk mendapatkan sesuatu yang memberi manfaat kepadamu, dan mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan engkau lemah" (Sahih Muslim).

Jangan engkau lemah = bersungguh2 dalam melaksanakan sesuatu perkara.

"Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang dari kamu melakukan sesuatu perbuatan dia memahirkannya" (Musnad Abi Ya'ala).

Monday, December 7, 2009

Hubungan sembahyang dengan hal keduniaan

Tidak membuang masa dengan sia-sia

Kepentingan masa disebutkan dalam al-qur'an surah al-'asr, al-Lail (1 &2), al-fajr (1&2). Maksud surah al-asr;
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran".

Surah al-takathur:8 "Kemudian pada hari itu (kiamat) kamu akan ditanya mengenai nikmat2"

Nikmat yang akan ditanya ialah seperti maksud sabda Nabi saw dalam sunan Trimizi iaitu tentang 4 perkara;
1- mengenai umurnya untuk apa dihabiskan
2- mengenai ilmunya pada apa yang dia lakukan
3- mengenai hartanya dari mana dia dapat dan pada apa dia belanjakan
4- mengenai badannya untuk apa dia gunakan

Tuesday, December 1, 2009

Hubungan sembahyang dengan lain2 suruhan & larangan syara'

Suruhan lain syara' termasuklah suruhan bersifat ikhlas, sabar, benar, tawadu', bersikap tenang, bijak bercakap dan bermanis muka, memuliakan tetamu, menjaga hak jiran, mendamaikan orang yang bergaduh, pemurah (tidak bakhil), istiqamah iaitu terus berada di jalan yang benar, tawakkal iaitu berserah pada Allah swt setelah berusaha, tolong menolong dalam perkara dan lain-lain lagi.

Larangan syara' yang lain pula termasuklah menjauhi judi, mengumpat, menjauhi bid'ah, tidak bongkak dan takabur, tidak berbohong dan lain-lain.

Semuanya ada hubungan dengan sembahyang iaitu menegah kemungkaran. Meninggalkan suruhan syara' dan melakukan larangan syara' adalah perbuatan mungkar.