Friday, June 25, 2010

Muhasabah diri

Adakah sembahyang kita telah memberi kesan yang baik kepada kita?

Seperti yang dinyatakan sebelum ini sembahyang mempunyai hubung kait dengan akidah, ibadah2 lain, melaksanakan suruhan Allah swt dan meninggalkan larangan2Nya. Jika demikian alhamdulillah kita telah dikurniakan olehNya satu kelebihan yang amat besar. Jika sebaliknya, maka hendaklah kita mencari di mana silapnya.

Sebab2 sembahyang kita tidak memberi kesan kepada kita

Antara sebabnya mungkin;

  1. tidak ikhlas
  2. tidak memahami bacaan yang dibaca dalam sembahyang
  3. lalai terhadap sembahyang
  4. mengerjakan sembahyang dengan malas
Setiap ibadah mesti ikhlas semata2 kerana Allah swt, bukan kerana menunjuk2, mencari nama, jawatan, mencari duit dll selaras dengan ikrar kita ketika membaca doa iftitah: sesungguhnya semabhayangku, ibadahku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Sabda Nabi saw dalam hadis qudsi yang bermaksud;"Allah swt berfirman: Aku adalah amat terkaya dari yang dikongsikan. Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang mengongsikan Aku dengan yang lain dalam amalan itu maka Aku serahkan kepada kongsi itu" (sahih muslim).

Seorang yang sembahyang dengan ikhlas, faham apa yang dibaca, insyAllah akan menjauhkan dari fahsha' dan mungkar. Pada setiap rakaat kita membaca dengan maksud: "(Ya Allah) Tunjukkan kami ke jalan yang lurus. Jalan yang Engkau telah beri nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau murkai ke atas mereka dan bukan jalan orang yang sesat". Jalan yang lurus ialah berpegang teguh dengan ajaran Islam yang diasaskan kepada al-Qur'an dan al-Sunnah.

Lalai terhadap sembahyang bermaksud, kadang2 sembahyang, kadang2 tidak, kadang2 sembahyang dalam waktunya, kadang sembahyang di luar waktu. Ini tidak menjaga sembahyang. Allah swt menerangkan bahawa tempat orang ini adalah dalam neraka. Maksud firman Allah dalam surah al-Ma'un, 107:4-5 "Maka neraka bagi mereka yang sembahyang, yang mereka lalai dari sembahyang mereka". Maksud surah al-Nisa' pula "Bahawasanya sembahyang itu adalah difardhukan ke atas orang mukmin dengan mempunyai waktu".

Orang yang mengerjakan sembahyang dengan malas adalah sifat orang munafik. Maksud firman Allah swt dalam surah al-Nisa', 4:142 "Bahawasanya orang2 munafik itu menipu Allah sedangkan sebenarnya Allah yang menipu mereka. Apabila mereka bangun mendirikan sembahyang mereka bangun dengan keadaan malas, menunjuk2 kepada orang ramai, mereka tidak menyebut Allah kecuali sedikit sahaja".

Renungi maksud sabda Nabi saw yang bermaksud: "Disukakan kepada aku dari dunia ini wanita dan bau-bau wangi. Dan dijadikan tenang mataku dalam sembahyang" (sunan al-Nasai). Tenang mata menunjukkan sesuatu yang menggembirakan bukan yang dibenci.

Taubat

Akhir sekali pengarang mengajak kita sama-sama membanyakkan istighfar iaiatu memohon ampun kepada Allah swt dan taubat kepadaNya. Sabda Nabi saw bermaksud; "Demi Allah bahawasanya aku meminta ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih dari 70 kali" (sahih Bukhari).

Kesimpulan

Sembahyang adalah merupakan salah satu dari rukun Islam, wajib ditunaikan dalam waktunya. Orang yang sembahyang dia sentiasa berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk jalan yang lurus (berpegang kepada al-Qur'an dan sunnah).

Sembahyang mempunyai hubungan rapat dengan akidah, ibadah lain dalam kehidupan. Orang yang sembahyang akidahnya akan terus menjadi kuat dan mantap, ibadah2 lain akan terus dilakukan, suruhan2 Allah yang lain dilaksanakan dan larangan Allah dijauhi dan kehidupan dunianya adalah baik.

Allah swt telah jelaskan bahawa sembahyang menjauhkan perkara2 fahsha' dan mungkar iaitu dosa-dosa besar dan maksiat. Jadi kita perlu muhasabah diri, adakah sembahyang kita telah menjauhkan fahsha dan mungkar. Jika yaa, alhamdulillah. Jika tidak kita perlu memperbaiknya.

Alhamdulillah hari ini tamatlah sudah aku membaca buku tulisan Dr Udah Mohsin yang bertajuk "Mari kita Sembahyang sebelum kita disembahyangkan", semuga ia memberi manafaat kepada pembaca semua.